Awas! 6 Pelakon Ini Mempunyai Ilmu Seni Mempertahankan Diri. Siapa Sangka Artis No.2 Sampai Pernah masuk SUKMA Bertanding.. Memang Hebat!

Posted by

Lazimnya jika kita menonton sesebuah drama mahupun sesebuah filem aksi, pelakon lagak ngeri yang bakal mengambil alih babak berlawan mahupun sesuatu yang diluar kemampuan pelakon asal. Namun tahukah anda, 6 pelakon ini sememangnya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri dan kebanyakan babak berlawan adalah dilakonkan mereka sendiri. Kami bawakan hotlist 6 pelakon tersebut!

1. Eman Manan

Sebelum munculnya nama – nama hebat seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan ramai lagi, Eman Manan terlebih dahulu mencuri tempat sebagai hero filem malaya sekitar 80 dan 90an. Disebalik perwatakannya yang Macho, Eman sebenarnya mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri iaitu silat.

BACA  Kunyit? Pendedahan Sebenar Siapa Lelaki Tidur di Dada Hairul Azreen

Pernah memberi kenyataan bahawa seperti tiada pelapis pelakon yang berkebolehan, suatu masa dahulu boleh dikatakan filem aksi pasti akan terlihat Eman memainkan peranannya.

2. Hairul Azreen

Bermula dari pelakon lagak ngeri, siapa sangka Hairul Azreenberjaya menempa nama sebaris dengan pelakon lelaki popular di Malaysia. Malah untuk pengetahuan anda, Hairul merupakan bekas atlet taekwando negeri Selangor sebelum bergelar selebriti.

3. Datuk Adi Putra

Melihatkan seni mempertahankan dirinya dalam setiap filem aksi seperti filem Tailong pasti membuatkan ramai kagum. Malah setiap langkahnya begitu kemas melihatkan nama Datuk Adi Putrasebagai pelakon aksi yang cukup dikenali ramai

4. Aaron Aziz

Siapa sahaja tak kenal dengan Aaron Aziz yang sememangnya menjadi hero pujaan gadis – gadis di Malaysia.

BACA  Hairul Azreen Dedah Adik Iparnya Pemilik Suara Animasi Ini

Kami di Hangat.com tidak pasti bahawa apakah seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh Aaron akan tetapi setiap aksi yang dibawakannya pasti meninggalkan kesan pada para penonton.

5. Pablo Amirul

Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan.

Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

6. Ebby Yus

Bagi Ebby Yus pula dia sudah membabitkan diri dalam persilatan sejak kecil dan pernah menunjukkan bakat silatnya itu dalam drama bersiri seperti Keris Hitam Bersepuh Emas pada tahun 1990-an lalu.

“Ilmu silat ini banyak mendidik diri saya untuk saling menghormati orang lain termasuk menjaga disiplin.

“Bagaimanapun, saya sangat teruja melihat perhimpuan pesilat yang berlangsung ini kerana menyatukan anak Melayu tidak kira peringkat umur,” katanya.

Jom Share...